15 February, 2016

Pengalaman Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Pembedahan Laparoscopy

APA ITU LAPAROSCOPY ?
Secara ringkasnya, prosedur dimana, doctor akan buat satu tebukan di perut untuk masukkan kamera, 2 tebukan kiri dan kanan untuk peralatan lain. Selalunya prosedur ni adalah untuk pesakit yang mempunyai masalah saluran tiub fallopio, ovarian cyst & merawat endometriosis. Dalam kes saya adalah untuk merawat endo di sebelah kanan ovari. Tidaklah besar sangat pun. Tetapi masih mengganggu dalam penghasilan terlur. Itu pun selepas makan clomid 1 cycle, dan 2 kali TTC menggunakan kaedah IUI dab suntikan diperut selama 8 hari.

ADMISSION DAY

Booking date untuk buat pembedahan awal bulan december 2015. Pada 1hb Februari  2016 admit/masuk wad, 2hb Feb 16 operation day. Dalam appointment kad kena masuk pada jam 8 pagi. Tapi saya datang masa tengahari sebab masa tu memang rasa sangat takut. Bila sampai wad, syukur semuanya ok sebab orang dalam wad saya tu tidak ramai. Semua perempuan, memanglah kan sebab Hospital Wanita dan Kanak-Kanak. kakakakakka...

Masa masuk tu, keadaan saya masih ok, dapat jumpa patient lain, cerita2 dan sharing. Sedang relax2, datanglah doktor cucuk jarum besar ditangan dan ambil darah 4 botol.., naahhh sanalah mulai rasa lemas dan lemah, takut yang amat sangat. Konon2 try untuk bertenang masa cucuk jarum, huhu.. pengsan juga saya...tapi syukur doktor tu sangat baik dan peramah.

Lepas cucuk jarum tu, tiba2 pla kena doktor panggil untuk jumpa doktor pakar di tingkat bawah. Yang kelakarnya, kami ada 4 orang, dan berjalan nampak seperti banduan...atukoi...tunggu giliran untuk jumpa pakar, saya adalah orang ketiga, orang yang sebelum saya tu tidak jadi operate sebab kencing positif. Means dia pregnant. Untunglah tak payah operate kan...dan org yang sblm saya tu, tak jadi sbb dia kira sudah berumur dan doktor kata boleh buat pilihan buat pembedahan atau tidak, sbb kalau tdk buat pun tak apa, kerana ianya tak merbahaya...tiba patient yang terakhir, pun perlu kena bedah, lagi bahaya sebab dia ada fibroid, cyst dan endo...so kira hanya kami dua orang saja yang confirm di bedah...kes saya pula, kena operate untuk increase peluang kehamilan.( Dalam hati memang sudah rasa down sangat2...Tuhan saja yang tahu)...SEMUA WANITA tidak akan lari daripada mendapat penyakit ini, selagi period datang,selagi tu benda2 ini semua akan menggangu...

Lebih kurang jam 5 petang gitu, 2 orang doktor bius datang dan terangkan kesan (muntah, pening) pada saya. Tanya ada alergic, pernah buat pembedahan sebelum ini atau tidak.(1ST time kena bedah, first dulu ialah masa buat D&C)

Rehat2 dan tidur2 sampai jam 8 gitu, patient sebelah saya tu tiba2 pindah katil pergi depan, sebab perlu pantauan dari para doktor dan nurse. Wad depan dekat dengan bilik doktor2 dan nurse. Kesian juga dia tu, sebab perlu gugurkan kandungan disebabkan masalah SLE. Dan ada oran baru sebelah katil saya pla, Dia baru jak lepas bedah, kes dia pla lain, mengandung luar rahim dan terpaksa operate immediately, Kira mahu tidur konon2 supaya cepatlah sampai hari esok, baring duduk baring duduk, pun masih tidak mengantuk. Last2 bangun, buat milo dan makan biskut. Makan kenyang2 barulah saya dapat tidur. Sedang terlelap tiba2 lagi ada nurse datang untuk gantungkan air, sebab saya puasa start jam 12 smpi jam 8 pagi...

OPERATION DAY
Tepat jam 7.30pagi tu nurse datang ambil saya untuk pergi ke OT(Operation Theater) dengan katil khas ke OT. Terkejut saya dibuat oleh nurse tu, sebabnya nurse tu teriak tiba2 ehhhh...Rosni belum tukar baju lagi, tiada nurse bagitahu kaaa...uhu sebenarnya ada, tapi saya mmg sengaja(jangan tiru macam saya k) sebab masa tu saya belum tukar baju lagi, Sengaja lambat2 sebab rasa takut tu sudah sangat2 takut. Konon2 lambatkan...layan hati...

Lepas tukar semua, settled semua, bawahnya saya ke OT dalam keadaan baring. Dup dap dup dap...uuuuuu...hati semakin mendebar. Saya sengaja juga tidak suruh husband datang dan tunggu saya diluar OT sebab kesian dia menunggu lama...

Ok, menunggu dan terus menunggu bila nak masuk OT. Saya adalah kes pertama hari tu, tepat jam 8 pagi saya dalam bilik OT. Before proceed masuk, staff nurse akan tunjukkan balik 2 form yg di sign sebelum ni (yg mbenarkan Dr buat bius penuh etc). Dia bacakan nama and nombor ic, and tunjuk signature. Bila semua da ok, dia tolak masuk ke OT.

Masuk-masuk bilik OT, mata terpandang kan lampu2 yg besar. Sebelah kanan pulak ada mcm skrin (tempat pancar result dari kamera), nampak la kelibat2 staff nurse + doctor tengah berdiri. Staff nurse minta beralih ke katil utama. Bermula lah tangan2 staff nurse tampal itu tampal ini di dada, kat badan (dengan lajunya ye). Alat untuk kesan jantung katanya. Sorang staff nurse cucuk ubat dekat tangan, lagi sorang pasangkan alat pernafasan. Time doktor bius tu suntikan ubat pertama, pedihnya sikit sajalaaa..tapi bila ubat yang satu lagi tu masuk iaitu ubat bius, puhhhh sakitnya, sampai teriak2 saya...sambil doktor tu suruh tarikh nafas dalam2, dan saya tak tahu la lepas tu, sudah terlelap...

In the meantime tak tahu apa jadi, sedar-sedar nama sayup-sayup di panggil. " Rosni, ada rasa apa-apa?" , syukur semuanya ok...saya terbangun dan terus terbatuk2...mgkn kesan dari alat pernafasan...nampak jam di dinding jam 10pagi tepat...means 2 jam tempoh saya dibedah...

beratnya mata bukaa...
Lepas tu terus tidak sedar balik, terbuka mata bila nurse suruh beralih balik ke katil ward sebelum ditolak masuk ward semula.



Keadaan saya selepas bedah, ok juga, cuma sangat lapar...petang tu juga saya boleh balik rumah. Syukur sangat...Tapi doktor advice agar saya disuntikan depot lucrin menopuos selama 3 bulan...huhu...

Sekarang dalam proses untuk makan bubur and benda-benda lembut. Perut ini memang sakit. Duduk pun tidak kena. Jalan pun x kena. Mungkin inilah perasaan seorang ibu yang sudah bersalin...

Apa-apa pun moga selepas ni semua nya baik-baik belaka dengan harapan lepas ni warded di ward yg sama untuk melahirkan pula....Amin. 


19 October, 2015

Jumpa Doktor pakar Kali-4

Saya ingin berkongsi pengalaman TTC.

Hari ini 19.10.15 merupakan hari ke-4 saya berjumpa dengan doktor pakar. Saya segaja tidak memakan ubat clomid yang dibekalkan kerana ingin melihat berapa telur yang ada. Setelah diperiksa dan melakukan TVS didapati telur tidak membesar dan terdapat 4 biji telur. Doktor menyuruh untuk membuat TVS lagi pada 26.10.15.

Tengoklah bagaimana nanti, sebab ada dua pilihan sama ada saya perlu membuat cyst 3.5cm atau cuba guna kaedah suntikan hormon.

Tuhan, aku berserah kepada Engkau saja, kerana Engkaulah yang mengendalikan semuanya

IUI

FIRST IUI
Pada 22.9.15 saya dan suami telah membuat keputusan untuk melakukan IUI yang pertama. Malangnya pada 8.10.15, saya telah period dan IUI tidak berjaya.

Berjumpa doktor pada 9.10.2015 untuk memberikan ubat clomid untuk kali kedua try to conceive.

2ND IUI
Doktor bagi ubat untuk inject selama 8 hari.

01 March, 2012

Onnie's Fashion Boutique


Keinginan dan impian selama ini terpendam dalam hati, kini Tuhan sudah tunaikan. Setelah bertahun-tahun menyimpan hasrat untuk membuka perniagaan menjual pakaian, akhirnya pada 15 March 2012 telah secara rasminya tercapai. Jangan pernah berhenti untuk mengapai impian anda menjadi kenyataan. Berjalan dengan iman disertakan dengan usaha pasti berjaya. Tuhan, saya sangat bersyukur atas izin-Mu melaksanakan pelayanan ini. Kedai ini terletak di tingkat 2, Megalong shopping mall. Lot 88. Berdekatan dengan supersave. Onnie's Fashion ada facebook juga. Cari di facebook, Onnie's Fashion Boutique.

Untuk makluman, kedai Onnie's Fashion yang terletak di Megalong telah ditutup dan perancangan akan dibuka di suatu tempat yang lebih sesuai pada masa akan datang. Sekarang saya sedang usaha menjual secara online. Sila ikuti perkembangan di Facebook Onnie's Fashion Boutique.
Updated on: 19.10.2015

Terima kasih kepada anda yang dan yang sentiasa menyokong Onnie.

Peace...Message Box